Wednesday, September 24, 2014

Gambar2 Akim Ahmad Exclusive Showcase 2014














Akim Ahmad Exclusive Showcase 2014 !!!

Assalamulaikum dan hallu semua! :)
Dah lama giler tak update blog ni.. Huhu. Rindu nak update tau. Hehe :)
Korang rindu kitew tak? Rindu tak? Tak rindu ke? Huhu. Sentap la camni..
Hehehe. Gurau3! Xp

Ok, dah2 merapu. Nampak tak title kat atas tu pasal apa? Pasal Akim Ahmad Exclusive Showcase la! Apalagi!
Memang rugi giler la sape yang tak pegi tu tau! Sebab memang best giler showcase ari tu.
13 September 2014, tarikh yang takkan kulupa sampai bila-bilalah! Cewah!
Sebelum saya cite pasal showcase, biar saya cite ari sebelum showcase tu.
Malam tu memang tak dapat tidur tau sebab excited sangat nak pegi showcase kan. Nasib baiklah dapat jugak lelapkan mata, kalau tak kang jumpa dengan Akim mata panda. Hehe Xp
Pastu time hari showcase, bangun awal ni. Siap2 semua kan, abang dengan kakak ipar tak siap lagi. Huhu. Pastu kitorang pun geraklah kul 11 camtu. Pastu sepanjang perjalanan tu, rasa macam slow je kereta tu bergerak. Huhu. Pastu dalam kul 1 camtu abang berhenti kat Sungai Buloh dulu lunch. Ieda minum air milo je kot, tak makan pun sebab risau sangat takut lambat sampai. Pastu kitorang teruskan perjalanan...

Bila dah masuk area bandar Selangor dekat2 KL tu, paham2 je la. Nak2 ari minggu. Jammed! Huhu. Dah lambat dah time tu. Pastu tengok jam dah kul 1.35 camtu, Ieda pun call kak Sally cakap lambat sket sebab jammed. Bila dah sampai area KLCC, tak jumpa pulak MaTiC tu. Huhu. Dua kali pusing area yang sama, abang try belok kiri,pastu barulah jumpa MaTiC tu. Jam dah pukul 2.10! Dah lambat dah ni! Pastu pegi toilet dulu, then barulah pegi daftar. Dah daftar tu, dapat goodie bags, pastu dapat bunga ros lagi uollz! Showcase lain ada ke? Haha Xp Pastu kak Chah rasanya tunjukkan tempat duduk Ieda. *untung tiket exclusive, tempat duduk dah reserved, hehe. Jangan marah arh.*

Showcase pun bermula! Akim & The Majistret punya performance ari tu, pergh!!!!!
Memang awesome and santai sangat!!!
Akim like always, so handsome!! XD
Akim & The Majistret perform 9 lagu hari tu :)
1. Bengang
2. Jawab
3. Dunia dan Syurga
4. Tunggu Sekejap
5. Menunggu
6. Kisah Cinta
7. Rude
8. Mewangi
9. Ombak Rindu
Akim & The Majstret pun ada jamming lagu I'm Yours sket! My favourite song!
Arif pun perform ari tu tau. Suara dia best tau! Dia perform lagu Betterman and Demi Cinta :)
The most touching performance Tunggu Sekejap. Sampai sekarang teringat-ingat je. Akim dedikasikan lagu tu untuk ibu tercintanya, Puan Aminah bt. Bahari :) Nak menangis tau time tu.

Lepas showcase, Akim & The Majistret ada sesi bersama media. So kitorang pun mainlah kuiz tentang Akim sementara menunggu sesi bersama media tu selesai. I manage to answer one of the question. The question is: Berapa orang adik-beradik Akim? Jawapannya 4 la. Hehe. Soalan2 yang dorang tanya kan majoriti boleh jawab tau! Tapi sebab dah jawab, so tak boleh jawab dah la, kasi can kat orang lain. Hehe.

Dah selesai sesi bersama media, sesi Akim with Gafimmers la pulak!
Sebelum start sesi autograph kan, kitorang amik gambar kelas dulu la! Tapi sebelum gambar kelas tu, Akim sempat berwefie dengan kitorang dari atas stage tau. Nasib la dapat masuk dalam gambar tu. Haha Xp
Pastu barulah amik gambar kelas. Hehehe. XD Akhirnya dapat jugak masuk dalam gambar family besar saya, Gafim :) So happy akhirnya dapat join lepas lima tahun join Gafim :)

Then, sesi autograph bermula! Tiket exclusive boleh start sesi autograph dulu. Another speciality tiket exclusive. Hehehe. Jangan marah arh. Haha Xp Gurau2! Time tu Ieda bawak kuar 3 mende nak bagi Akim sign : buku, album Akim, phone. Last2 kan, satu mende je yang kasi Akim sign : buku. Haha Xp Pastu bila sampai turn iollz mintak sign Akim ni,nebesnya lain macam. Haha. Sedikit perbualan Ieda dengan Akim masa sesi sign tu:
Akim : Hai. :)
Ieda : :)
Akim : Nama?
Ieda : Ieda Kimda :)
Akim : Oh Ieda! :)
Ieda : Yup :)
Akim : I.E kan?
Ieda: Aah.
Akim : (menanti ejaan kimda)
Ieda : K.I.M.D.A
Akim : Ok. :)
Ieda : (dengan muka control nebes, hulur kat dia kotak hadiah untuk dia) For you :)
Akim : Oh, thank you :) (muka terharu dapat hadiah. Hehe Xp )
Then, snap pic la dengan dia. Time tu nebesnya la, first time snap pic dengan dia. Huhu. Dah selesai snap pic, barulah leh pegi jumpa dak2 TKG! Wohoo! Orang first yang tegur, of course la my sayang, Dira and Jiha! Finally dapat jumpa dorang, selalunya asyik borak2 kat wechat, twitter, ari tu dapat jugak jumpa depan mata. Best dapat jumpa dorang walaupun sekejap. Huhu. Pastu pegi jumpa ibu pulak, ramai orang snap pic dengan ibu. Hehe. Ieda pun join la sekali! Lepas snap pic baru salam dengan ibu :) Perbualan dengan ibu:
Ieda : Assalammualaikum ibu :)
Ibu : Waalaikummussalam. Eh! :)
Ieda : Ibu sihat? :)
Ibu : Sihat. Datang dengan siapa? :)
Ieda : Dengan abang :)
Ibu : Gerak pukul bape tadi? :)
Ieda : Pukul 11. Jammed tadi bu,pastu nak sampai sini pulak sesat. Dua kali pusing bu.
Lepas jumpa ibu, TKG berwefie la! Apalagi. Bukan senang nak berjumpa macam ni kan. Syok abis dapat berwefie dengan dorang! :) Ieda pun sempatlah berwefie dengan Dira, Ain and Amni :)
Lepas daripada tu Ieda rilek2 je la kat situ dengan kak Jo, tengok je kerenah si Akim melayan peminatnya. Cute je. Hehe :) Kemain lagi tau berwefie dorang semua. Hehe. Ieda nak berwefie dengan dia seganlah. Huhu. Next time la kita wefie eh Akim. Haha Xp Tengok jam, dah kul 6, so kenalah balik. Abang dengan kak Azi pun dah tunggu kat luar, kesian dorang tunggu lama. So say bye2 to semua geng TKG, kak Sally, kak Chah, kak Jo, kak Lara and lain-lain. Sedih nak kuar dari situ actually, berat je hati nak balik hari tu. Huhu. Kenangan ni akan tersemat dalam hati sampai bila-bilalah. Cewah! Tetiba feeling kan! Haha Xp

Btw, Gafim Commitee and NEM really did a great job handling an awesome showcase!
Akim Ahmad Exclusive Showcase 2014!!!!!!!
Wohoo!!!

Entry seterusnya jap lagi saya share gambar and video showcase tu k. In Sha Allah :)
Jumpa lagi di entry seterusnya!

Sunday, April 20, 2014

more about me...

Hallu! Assalamualaikum :)
Fuh! Bersawang giler la blog kesayangan saya ni! Huhu!
Maklumlah,bila dah jadi pelajar universiti ni,sibuknya lain macam... Hehe!
Ha,yang belum tempuh alam pengajian tinggi ni,bersedia awal-awal mental dan fizikal k..
Sebab ianya memang jauh berbeza dari alam persekolahan... :)

Ok,apa Ieda nak story untuk entry kali ni yek?
Ok2.. I know!
Sape nak tau lebih banyak tentang Ieda?
Angkat tangan!!
*macam la nampak kalau korang angkat tangan.. Hehe! Gurau2!

Ok...nama penuh Ieda ialah Noorzatul Idayu bt Khirudin :)
Umur 19 tahun,lahir pada 17 Ogos 1995,asal Kuantan,Pahang..
Ieda ada 3 orang adik-beradik,Ieda anak ke 2 dan satu-satunya anak perempuan dalam keluarga Ieda :)
*kiranya agak manja jugaklah.. Tapi takde la manja sangat,manja sket je.. Haha!
Saya ada sorang abang dan sorang adik lelaki...
Ieda seorang yang kidal,sampaikan pegang sudu tangan kiri,pegang garfu tangan kanan. Hehe Xp
Hobi Ieda,hurm..banyak sebenarnya.. Ieda suka melayari internet,baca novel dan majalah,mendengar muzik dan menyanyi! I love singing and listening to music so much! It's my passion! :)

Ok,sekarang Ieda cerita pasal karakter Ieda...
Memandangkan Ieda lahir pada 17 Ogos,maknanya Ieda berzodiak Leo..
So antara karakter Leo yang kena dengan diri Ieda adalah Ieda sangat selektif mengenai orang yang berkenalan dengan Ieda. Ieda open-minded,tapi susah untuk Ieda betul2 rapat dengan seseorang tu..
Ieda seorang yang berpendirian tetap,kalau Ieda kata itu,itulah yang Ieda tegaskan dan apa yang Ieda putuskan takkan diubah sama sekali!
 Ieda seorang yang agak kuat daya ingatan,terutamanya jika ianya memori yang manis...
Ieda simpan semua kenangan2 lama Ieda dan masih ada sampai sekarang dan takkanku buang! Gitew! Haha! Xp
Ieda seorang yang independent bak kata kawan Ieda,sebab Ieda tetap boleh berdiri sendiri tanpa teman disisi. Contohnya,kalau orang lain pegi kelas,mesti kena pegi dengan kawan,Ieda kalau pegi kelas sorang2 pun ok je. Hehe.

Karakter Ieda mengikut bulan pulak,Ieda seorang yang mudah mesra dengan orang sekeliling,sangat suka bercakap dan menyanyi,cintakan muzik,kuat berangan! Haha! Ieda agak sukakan perhatian dari orang sekeliling.. Sukakan kebebasan.

Karakter Ieda yang merupakan anak ke 2 pulak,Ieda suka wat keje last minit! Hehe!
*jangan ikut karakter ni tau! Teruk sangat! Haha!
Ieda seorang yang agak pendiam sikit kalau orang tak kenal Ieda. Bila dah rapat barulah terserlah sifat sebenar Ieda yang giler2 dan banyak cakap! Hehe!
Ieda seorang stalker dan penyiasat yang berjaya! Hahaha! Apa yang Ieda nak tau,senang je Ieda carik tau. Hehe.. So jaga2 k...Cewah! Gurau2.. Hehe Xp
Ieda jugak seorang yang cerewet,degil dan seorang yang setia...

Ok..itulah serba sedikit tentang Ieda yang sebelum ni mungkin korang tak tau,sekarang korang dah pun tau.. Hehe.. Semuanya fakta tau,bukan auta! Hehe! Semua karakter tu pun Ieda dapat lepas wat research sket kat google and lain2 sumber. Cewah! Macam nak wat assignment pulak ada research2 bagai.. Haha! So that's all from me for now,jumpa lagi di lain masa k.. Luv u all! Hehe!

This is my story...

Sunday, December 29, 2013

Love Is Complicated...

Assalamualaikum dan hallu semua....
Entry saya kali ni tak seperti biasa...
Tak seceria macam entry-entry sebelum ni...

Love is complicated....right??
Mesti korang pelik kan? Kenapa tiba-tiba Ieda update pasal ni?
Well,just ikut rasa hati actually...

Cinta memang buta....kita cuma boleh merasa kehadiran cinta tu tanpa kita dapat melihatnya...
Cinta juga hadir secara tiba-tiba,tanpa dipaksa..cinta datang dengan ikhlas dari hati...
Rumitnya cinta itu...bila kita cintakan seseorang,tapi kita tak dapat nak luahkan rasa cinta kita...dan lebih parah lagi..bila kita tahu yang cinta kita hanya bertepuk sebelah tangan...

Setiap rasa dalam cinta juga complicated...
Kita tak boleh nak ungkapkan dengan kata-kata setiap perasaan yang terbuku dalam hati kita...
Sayang... Cinta... Cemburu?? Sakit hati??? Kecewa???
Semua tu nampak macam senang nak dijelaskan..tapi bila kita mengalami perasaan tu...sebenarnya kita sendiri pun boleh keliru..."apa yang aku rasa ni sebenarnya??"

Kadang-kadang,kita memang sukakan seseorang tu,dialah umpama penceria hari-hari kita,kita rasa hari kita lengkap bila ada dia...
Tapi siapa sangka..dia jugak sebenarnya boleh buat kita menangis...marah...sakit hati...kecewa..sedih...

Cinta jugak kadang-kadang wat kita tak sedar siapa kita dan siapa dia...kita tau..kemungkinan dia bukan untuk kita...tapi hati ni..kadang-kadang seperti tak nak menerima hakikat itu...

Apa yang saya boleh katakan kat sini,sekiranya dia sayangkan awak,cintailah dia sepenuh hati...
Sekiranya ditakdirkan dia bukan untuk awak...
Tabahkan hati,tenangkan diri..kuatkan semangat...
Redhalah dengan ketentuanNya dan doakanlah agar dia berbahagia bersama orang yang disayanginya...

This is my story....

Sunday, December 22, 2013

Blogku Berwajah Baru Setelah Sekian Lama Bersawang!! XD

Assalamualaikum dan hallu semua!!!!
Rindu kitew tak???
Haha!! Just kidding :)
Dah berbulan Ieda tak update blog ni...
Maklumlah,sibuk study...ni tetiba je rasa nak update pepagi buta ni hah! Haha! Xp
Ieda ada wat perubahan sket kat blog ni..sebab banyak sangat sawang! Hehe! Xp
Macam yang korang lihat sendiri,Ieda ada wat sedikit perubahan kat blog ni...
Harap korang suka la...
Tema blog ni biru yek...sebabnya tuan punya blog suka sangat warna biru...hihi... :)
Suka tak? Suka tak? Suka tak?
Kalau suka comment la yek... :)
Link blog Ieda juga dah diubah...
ni link yang baru ---> www.iedakimda.blogspot.com
Sudi-sudilah visit blog ni ye...ajak kawan-kawan sekali visit.. Hihi.
Ok...that's all for now...
This is my story.....

Saturday, August 24, 2013

Thanks kepada semua yang wish birthday 17 Ogos yang lalu :)

Assalamualaikum dan hallu semua! :)
Dah lama sangat9 Ieda tak update blog kan??
now this is the time untuk Ieda update blog ni...
dah bersawang sangat dah ni..huhu..

First of all...
dah genap la usia Ieda 18 tahun..huhu...dah makin tua dah..haha... :p
17 Ogos yang lepas.. :)
ramai yang wish...tQ so much kepada semua yang wish..saya sangat9 hargainya :)

Happy moments masa hari birthday..
Petang tu saya keluar ke bandar Jengka dengan roommate kat UiTM..
Saja jalan2..pastu dalam diam dorang wat plan rupanya...dorang beli cake senyap2..
saya dah perasan dah sebenarnya cake tu..hihi..saje wat2 tak nampak..haha.. XD
Pastu kitorang sama2 pegi makan KFC :) huhu..pastu kitorang beli baju jersey yang sama jenama..hihi..warna je lain..hehe.. :) tQ so much Anis,Aisyah and Izzah for that moments..
I really appreciate it :)

And then..petang yang sama..saya dapat birthday wish dari orang yang tak saya sangka...
birthday wish dari Ibu Min,ibu idola saya,Akim...tQ Ibu Min...saya akan ingat pesanan Ibu Min :)

Saya pun dapat present dari adik GAFIM,Azlina Azman :)
pic yang diedit olehnya sempena birthday saya..so sweet..tQ dear..luv u! :)


Yang paling latest...kak Fatinah Zaine..akak GAFIM ada update blog pasal birthday saya..
tQ so much kak..luv u... :)
 ni link blog update kak Fatin pasal birthday saya
---> http://fatinah-zaine.blogspot.com/2013/08/happy-birthday-ieda-kimda.html

that's all from me for now...
this is my stories.....

Friday, May 3, 2013

My Cover Version session


hai...
dah lama sangat kan saya tak update..hehe...
sori la lama tak update..tak tau nak update apa sebenarnya..hehe... :)
video kat atas ni video cover version saya yang ke 4...
Menunggu...nyanyian asal oleh idola saya,Akim Ahmad :)
enjoy this video k.. :)
this is my stories.........